Monday, May 23, 2011

HANYA INSAN BIASA

Assalamualaikum w.b.t...

Memanjat syukur buatMU pencipta seluruh alam, Raja segala cinta yang mencampakan rasa cinta pada setiap hati yang KAU inginkan… Sesungguhnya setiap yang KAU tentukan ada tersembunyi hikmah dan rahmat. Setiap ujian yang KAU lemparkan pada hambaMU adalah mengikut kemampuan mereka. Aku pecaya dan yakin, KAU tidak akan menjadikan sesuatu yang sia-sia. 



Aku hanya insan biasa yang punya hati dan perasaan serta tidak termustahil untuk jatuh hati pada adam yang mempunyai ciri-ciri idaman wanita… tapi akan kucuba bendung dan berusaha untuk mengawalnya, kerana aku tahu perasaan begini akan membantutkan usahaku untuk mencapai cinta yang SATU… wahai adam yang tercipta untukku sejak dari azali, kumohon jangan kauhadir tika ini kerana belum sampai masa untukku menerimamu dalam hidupku… aku tidak ingin lagi berkasihan secara haram… mungkin dulu aku belum matang untuk menilai cinta yang hakiki… sekarang aku hanya ingin curahkan cinta dan kasih sayangku untuk keluarga, saudara-mara, sahabat-sahabat dan yang terutama kepada DIA yang menciptaku dan seluruh alam.

Bukan aku ego, menolak dan menafikan cinta yang bertandang. Tapi  cukuplah hanya sekali aku buang masaku dengan cinta yang tidak pasti. Tidak mungkin aku akan ulanginya kesilapan yang sama. Bukan aku ingin menolak cinta, apa lagi menolak takdir. Aku percaya dan aku yakin, cinta itu satu perasaan yang ALLAH ciptakan, dan campakkan ke dalam setiap hati manusia. Tapi kita sebagai makhluk yang diciptakanNYA dengan berbagai keistimewaan dan kelebihan harus bijak menggunakan kelebihan yang dikurniakan. Aku bersyukur, kerana ALLAH telah membuka hatiku untuk redha dengan cinta manusia yang tidak pasti penghujungnya. Tidak sedikitpn aku menyalahkan takdir.



Aku hanya insan biasa yang kadang-kadang terleka dibuai perasaan sendiri. Memang aku tidak menafikan yang aku juga akan jatuh hati. Walaupun aku berusaha untuk membendungnya. Tetapi aku akan sentiasa berdoa, agar bila aku jatuh hati, biarlah aku jatuh hati pada dia adam yang tercipta untukku sejak azali. Setiap detik bila hatiku terusik, aku akan berdoa “ya ALLAH peliharalah hatiku dari segala godaan duniawi”. Sesungguhnya dia telah mengganggu perasaanku. Sejak awal aku mengenalinya. Mengapa dia hadir tika ini? Tika aku sedang mejahit luka dihati. Pergilah dari hidupku. Jangan kau ganggu perasaanku. Maafkan aku, percayalah… sekiranya kaulah adam yang tercipta untukku, kita akan bersatu jua bila tiba masanya.

Aku hanya insan biasa yang memerlukan kekuatan dari insan di sekelilingku. Wahai, teman-temanku yang dikasihi, bantulah aku untuk terus teguh berdiri tanpa cinta adam yang belum pasti. Buatmu sahabat-sahabatku, sekiranya kamu telah bertemu dengan cinta adammu, kuhanya mampu berdoa agar kalian bahagia dan cinta kalian diredhai ILAHI. Amin3…




Buatmu adam yang tercipta untukku, ketahuilah bahawa aku akan menunggumu hingga akhir hayatku. Maafkan aku kerana pernah menyerahkan cintaku pada adam yang tidak pasti. Kuharap kau dapat maafkan aku. Kerana cinta itu telah mengukuhkan cintaku padaNYA, dan padamu adam yang tercipta untukku sejak azali. Kini kuyakin bahawa kau akan datang padaku dengan membawa cinta yang suci, sesuci embunan pagi. Sekiranya bukan di dunia mungkin di alam sana. Alam yang akan kekal abadi. Tetapi sering ku terfikir, layakkah aku untuk ke sana?

Wahai adamku, sekiranya cinta kita bersatu di dunia ini, berjanjilah bahawa kita akan bersama-sama berusaha untuk kekalkan cinta kita sampai bila-bila. Aku inginkan cinta yang tiada penghujungnya. Aku percaya kau juga inginkan itu bukan? Aku akan berusaha menjadi suri yang paling taat padamu. Aku harap kau dapat membimbing aku menuju cintaNYA.

Adamku, ketahuilah bahawa aku amat menyayangi keluargaku. Aku harap kau dapat menerima keluargaku dan menganggap mereka seperti keluargamu sendiri. Aku yakin dan pasti kau jua menyayangi keluargamu sepertiku. Aku akan usaha sedayaku untuk berbakti kepada keluargamu dan keluargaku. Sama-sama kita bina keluarga yang bahagia di dunia dan jua akhirat. Adamku, ini adalah sebahagian dari impianku. Aku tahu kau jua punya impian. Bila tiba waktu kita bersatu, kau beritahulah aku impianmu. InsyaALLAH, kita akan gabungkan impianmu dan impianku, menjadi impian kita… moga hidup kita akan lebih bermakna.

Adamku, sekiranya kita bertemu suatu hari nanti, kuharap kita akan bertemu dengan cara yang baik. Tidak dimulakan dengan sengeta kerana aku tidak ingin membencimu. Aku tidak ingin membencimu walau sesaat. Begitu juga dirimu, aku tidak rela kau membenciku. Adamku, keterlaluankah aku? Tidak ingin dibenci olehmu. Sesungguhnya aku hanya ingin menyayangimu sepenuh hatiku tanpa ada sekelumit perasaan benci.
adamku, dimana kau sekarang? Adakah kita pernah bertemu? Adakah aku pernah melihatmu dan kau pernah melihatku? Siapakah kau adamku? Dimanakah kau tinggal? Semuanya hanya DIA yang tahu.





*****************************************

p/s;

  • Ø  Entry ini tidak kutujukan untuk untuk siapa-siapa. Hanya luahan hati wanitaku.
  • Ø  Sekiranya ada yang terbaca, doakanlah aku moga bertemu dengan adamku. Dan aku akan berdoa untukmu agar bertemu dengan adam/hawamu.=)
  • Ø  Entry ni ak tulis sbb bosan je la…heheheee.
  • Ø  Lastly… kudoakan semua sahabat-sahabat yang sudah bertemu dengan pasangan masing2, smoga bahagia hingga ke akhirnya….



No comments:

Post a Comment