Saturday, December 24, 2011

Kembalilah....


segala puji bagi Allah, tuhan yang memiliki... yang mentadbir sekalian alam... selawat dan salam ditujukan khas buat Rasulullah yang jauh di mata tetapi dekat di hati.... tidak ku lupa buat pejuang2 Islam yang sentiasa berjihad di jalan Allah dalam pelbagai cara sehingga ke titisan darah yang terakhir... dalam meniti perjalan dunia yang semakin tua...


sesungguhnya, aku hanya insan kerdil yg cuba untuk meniti kehidupan yg masih tersisa... bersama secebis semangat yg berbaki... dengan pasrah dan redha atas segala ketentuanMU yg maha Esa...

kembalikanlah ketenangan hati ini ya ALLAH... Kembalikan pada insan kerdil ini secebis semangat dan harapan untuk menghadapi segenap dugaan yg Kau lemparkan... sesungguhnya, diri ini tdk sekuat serikandi2MU yg terdahulu...




benting yg kubina kian runtuh, kian rapuh dek keresahan yg kusendiri ciptakan... kini kusedar, kn kubina kembali benting itu... menjadikn ku insan yg tegar dalam menerima dugaan hidup yg berbaki...

************************************

>>Ketika Allah rindu pada hambanya, ia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. Dalam hadith kudsi Allah berfirman, "Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah pelbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya" (HR Thabrani dari Abu Umamah).<<




Monday, December 19, 2011

Tiada Yg Indah....

TIADA YANG INDAH... 
Bagi IBU BAPA... selain mendapat anak yang soleh dan solehah... dan... mendoakan kebahagiaannya. Jadilah anak yang soleh dan solehah..

TIADA YANG INDAH...
Bagi GURU... selain melihat kejayaan anak muridnya dan ilmu yang diajar dimanfaatkan oleh anak muridnya dan usahalah sehingga berjaya..

TIADA YANG INDAH...
Bagi PEJUANG selain meraih kemenangan dan gugur sebagai syuhada' Jadilah syuhada'Fisabilillah..

TIADA YANG INDAH...
Bagi KEKASIH selain kasihnya tidak dikhianati dan kesetiaan dari pasangannya. Hindari diri dari mengkhianati...

TIADA YANG INDAH...
Bagi SUAMI & ISTERI... . selain mendapat isteri dan suami yang solehah dan soleh serta dapat hidup bahagia.Wujudkanlah keluarga bahagia...


TIADA YANG INDAH... 
Bagi KAWAN selain mempunyai kawan yang bersama saat susah dan senang dalam menempuhi ranjau perjuangan... . Jadikanlah kawan yang baik.

TIADA YANG INDAH...
Bagi MUSLIM..selain dapat menjatuhkan lawannya dan memperolehi kejayaan... Musuhilah Syaitan jangan manusia...

TIADA YANG INDAH...
Bagi PELAJAR... selain memperolehi kejayaan dan mendapat ilmu yang berkat...


# Ingatlah..Sekiranya anda berjaya mencapai apa yang diingini bersyukurlah pada Ilahi... kerana semua nikmat darinya kita tiada kuasa untuk mengadakannya.. cuma kita perlu berusaha hingga berjaya...
Dan andai tidak berjaya... .janganlah berputus asa...=)



~Solehi AL-jerusi~

Erti "Sahabat"...


assalamualaikum,,,akhi wa ukhti sklian....

Alhamdulillah, syukur atas segala nikmat yg melimpah ruah, nikmat kelapangan, nikmat kesihatan, nikmat ukhuwah serta nikmat tidak ternilai besarnya iaitu nikmat iman dan Islam...
moga kite trgolong dlm golongan insan2 yg bersyukur atas segala nikmatNya....insyaAllah....



kt sini nk cite kit prsoalan ttg sahabat....topik ni mmg x asing lg kn dlm hidup kita....ye laa kn,,,kita ni,,,mmg semuanya ad shbt....tp prnhkah kita t'fikir ek tuk jd shbt t'baik buat kwn2 n shbt2 kite..?? memberi peluang tuk mereka merasai erti prsahabatn sbnrnya...??? cuba kita renung2kn....di sini ada 1 puisi ttg erti prshbtn....bacalah,,,krn mgkn kita x prnh sdar apa yg diperkatakan dlm puisi ini adalah diri kita.....hargai lah shbt anda slgi anda msih mmpunyai pluang tuk b'buat sdemikian,,,...




Dalam dunia ini,,,
Kita tdk punya sesiapa kcuali diri sndiri...
Tetapi dlm kita bersendiri,,,
Kita beruntung krn mempunyai shbt2 yg memahami kita...
Sbgaimna kta m'hrpkan keikhlasan & kejujuran seorg shbt,,,
bgitu juga dia...

Ttpi kita sering terlupa akan hal itu...
Kita cuma mengambil kira ttg harapan & perasaan kita...
Kita rasa dikhianati bila dia x mnepati janjinya...
Kita x m'beri dia peluang utk mnerangkn keadaannya...
Bagi kita,,,
itu mekanisma bela diri utk mnutup ksilapan & membela diri...
Kita terlupa,,,
kita juga pernah mmbiarkan dia t'nanti-nanti...
Krn kita juga ada jnji yg x ditepati...
Kita beri beribu alasan,,, 
memaksa dia menerima alasan kita...
Waktu itu,,, terfikirkah kita ttg perasaannya..??


Seperti kita,,, 

dia juga tahu rasa kecewa..ttpi kita sering terlupa...
Untungnya mempunyai seorg kwn yg sntiasa di sisi kita pd wktu kita memerlukan kehadirannya...
Dia mendengar luahan prsaan kita,, 
sgala rasa kecewa & ketakutan,, 
harapan & impian kita....
Dia memberi jln sebagai laluan pnyelesaian masalah...
Selalunya kita terlalu asyik bercerita ttg diri kita,,
Hingga kdg2 t'lupa kwn kita juga ada crita yg ingin dikongsi brsama kita...



Pernahkah kita menenangkn dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita..??
Ikhlaskah kita m'dgr ttg kjayaan & berita gmbiranya...??
Mampukah kita m'jadi sumber kekuatannya sprtimana dia

mniup smgt stiap kali kita merasa kecewa dan mnyerah kalah..??


Dptkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai,,, 
blh dijadikn tmpt utk brsandar bila dia trasa lemah,,, 
agar tidk rebah..??
Bolehkah kita m'jd bahu utk dia sandarkan harapan..??



Sesekali jdilah kwn yg m'dengar drpd yg hanya b'cerita...
Ambillah masa tuk memahami hati dan perasaan kwn,,
Krn dia juga seorg manusia; dia juga ada rasa takut,,
rasa bimbang,,sedih dan kecewa...
Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kwn sbgai kekuatan...



Jadilah kita kawannya itu...
Kita selalu melihat dia ketawa,, 
ttpi mgkn sbnrnya dia x setabah yg kita sangka...
Disebalik senyumannya itu,,,
mgkn byk cerita sedih yg ingin diluahkn,,,
Disebalik kesenangannya,,,
mgkn trsimpan 1000 kekalutan,,,



Kita tdk tahu...
ttpi jika kita cuba jadi sahabat sprti dia,,,
mgkn kita akn tahu.....




Buat semua kwn2,,,, ana nk korg tahu,,, ana syg sgt korg smua....smoga prshbtn kita kekal slmnya....insyaAllah....

Saturday, December 17, 2011

AKHWAT SEJATI....

Akhwat sejati bukanlah dilihat dari wajahnya yang manis dan menawan,tetapi daripada kasih sayangnya pada saudaranya dan orang disekitarnya. Pantang baginya membuka aurat,dan mempamerkan kepada sesiapapun kecuali pada mahramnya.Dia sentiasa menguatkan iltizam dan azamnya dalam berghadul bashar dan menjaga kemuliaan diri...,keluarga serta agamanya..

Akhwat sejati bukanlah dilihat daripada suaranya yg lembut dan mempesona,tetapi daripada lembut dan tegasnya tutur dalam mengatakan kebenaran. Dia yg sentiasa menjaga lisan dari ghibah dan namimah. Pantang baginya membuka aib saudaranya. Dia yg memahami dan merasakan betul bahawa Allah s.w.t sentiasa mengawasi segala tindak tanduknya...





Akhwat sejati bukanlah dilihat daripada liuk gemalainya kala dia berjalan tetapi daripada sikap bijaknya memahami keadaan dan persoalan-persoalan.Dia yg sentiasa bersikap tulus dalam membina persahabatan dengan sesiapa pun,dimana dirinya berada.Tak ada perbendaharaan kata.."CEMBURU BUTA" dalam kamus kehidupanya.Dia sentiasa merasa ckup dgn apa yg Allah s.w.t anugerahkan untuknya,juga atas nafkah yg diberikan sang suami kepadanya.Tak pernah menuntut apa-apa yg tidak ada kemampuan pada sang qowwam ditengah keluarga.Sabar adalah aura yg terpancar dari wajahnya.Sifat tawadhu' adalah pakaian yg sentiasa dia pakai sepanjang zaman...

Akhwat sejati bukanlah dilihat daripada bagaimana dia menghormati dan menyayangi org2 ditempat kerja(wajihah dakwah),tetapi dripada tatacaranya menghormati dan menyayangi siapapun dan dimanapun tanpa memandang status yg disandangnya. Dia dilihat menyejukan mata dan meredupkan api amarah.Baitii jannatii menjadi idaman dalam arus kehidupan rumahtangga. khasnya dalam menyokong dakwah suami dan berderma bakti mengurus generasi penerus yg berjiwa Rabbani...





Akhwat sejati bukanlah dilihat daripada banyaknya ikhwan yg memuji dan menaruh hati padanya,tetapi dilihat daripada kesungguhannya dalam berbakti dan mencintai Allah s.w.t dan Rasullullah s.a.w. Dia yg selalu menghindari sesuatu yg syubhat lebih-lebih lagi hal-hal yg haram.




Akhwat sejati bukan dilihat daripada pandainya dia merayu dan banyaknya airmata yg menitik tetapi daripada ketabahanya menghadapi liku2 kehidupan. Pancaran kasih sayang meresap pada tiap-tiap nada bicara yang keluar dari bibirnya. Dia yg memiliki perasaan yg telus utk selalu berbuat ihsan kala ditempat umum mahupun kala sendiri...

Akhwat sejati bukanlah dilihat daripada merdunya suara kala bertilawah al-Quran dan banyaknya hadis yg dia hafal tetapi daripada keteguhan dan istiqomah mengamalkan kandungan keduanya.Dia selalu berusaha mengajar kepada yg belum memahaminya. Al-Quran dan As-Sunnah dijadikannya sebagai suluh penerang serta pegangan dalam melalui liku-liku kehidupan...

Akhwat sejati bukanlah dilihat daripada tingginya gelar yg disandangnya serta luasnya wawasan ataupun lincahnya dia bergerak,tetapi pada ketinggian hasrat utk menuntut ilmu dan mengamalkan syariat secara murni dan berterusan. Ilmu yg bermanfaat adalah tongkat yg dipegang. Menjadi akhwat sejati, nescaya akan membuat para bidadari cemburu dan iri hati, menjadi dambaan bagi mereka para insan berjiwa Rabbani, menjadi dambaan bagi mereka para pemilik ruh dakwah dan jihadiyah, serta para hamba Allah s.w.t yg tidak tertipu oleh gemerlapnya dunia yg sementara....

Menjadi akhwat sejati,

seperti yg dicontohi oleh Khadijah,Aisyah,Hafsah,Maimunah,Shafiyah,Fatimah Az Zahra, dan para shahabyah radiyallahu'anha ajma'in...









(sumber rujukan dari buku ENGKAU MEMANG CANTIK by BURHAN SODIQ)


mampukah kita menjadi akhwat yg sejati??? dimanakah tempat yg kite mahukan syurga atau pun neraka, penghuni mana yg mahu kite jadi....segalanya tanya iman kita....Solehahkan diri dari sekarang, banyakkan berdoa, insyallah itulah usaha terbaik untuk bahagia. kebahagiaan itu 'dicipta' dan 'diusahakan' bukan sekadar diangan-angankan....

Monday, December 5, 2011

ANDAI KAU LIHAT

ANDAI KAU LIHAT ramai yang tidak Solat...
ANDAI KAU LIHAT ramai yang berCouple, bebas pergaulan, bersentuhan, berKhalwat...
ANDAI KAU LIHAT ramai yang menDEDAHkan Aurat. (ketat, sendat, jarang & sebagainya)..
ANDAI KAU LIHAT ramai yang suka mengUPLOADkan Gambar². (dengan terdedah Aurat. ketat, sendat & sebagainya. dengan Gaya², aksi yg menghairahkan).. 
ANDAI KAU LIHAT ramai yang tak ambil tahu Hukum², hal² Agama...

ANDAI KAU DENGAR banyak sangat Berita yg berzina, buang, bunuh Anak...
ANDAI KAU DENGAR banyak sangat hal², Hukum Agama diremehkan, tidak dipandang...
ANDAI KAU DENGAR banyak sangat perkara² Maksiat, dibuat, disanjung, disokong...

OLEH ITU,,

• JANGAN PERNAH Kau rasa, anggap ia tidak salah, tidak Berdosa..tidak mengapa dikerjakan... 
• Kau perlu kuat, Yakin pd ketetapan Allah, janji² Allah, ingat akan pesan, wasiat Nabi S.A.W...
• Apa² keraguan, tanyalah para Alim Ulama'...Dalam al-Quran dijelas segalanya, ia adalah Mukjizat, Petunjuk, Penyelamat hingga ke hari Kiamat... 
• Yang diLARANG yakni MAKSIAT itu hasilnya telah terserlah KEBURUKAN dan KEROSAKANnya..
• Yang diSURUH, yakni KEBAIKAN itu hasilnya tlh terserlah KEINDAHANnya dan KECANTIKNnya... 

Firman Allah swt: 

"Belumkah datang kpd mereka berita penting tntng org² yg sebelum mereka, (yaitu) kaum Nuh, 'Aad (Hud), Tsamud (Shaleh), kaum Ibrahim, penduduk Madyan (Syu'aib) dan negeri² yg telah Musnah? (Lut). Telah datang kpd mereka Rasul² dgn mmbawa keterangan yg Nyata, maka Allah tidaklah sekali² menganiaya Mereka, akan tetapi merekalah yg menganiaya Diri mereka sendiri.." (At-Taubah 70)

"Sesungguhnya Allah tidak berbuat Zalim kpd Manusia sedikitpun, akan tetapi Manusia itulah yg berbuat Zalim kpd Diri mereka sendiri..." (Yunus 44)







Sunday, December 4, 2011

BERANI UNTUK JATUH CINTA?

~..Cinta yang lahir sebagai sebahagian daripada PENYEMPURNAAN status hamba..cinta yang DIBERKATI kerana TAAT kepada sang Penguasa, cinta yang MENJAGA DIRI daripada penyimpangan dan perbuatan ingkar terhadap nikmat Allah..cinta yang berorientasi bukan sekadar jalan berdua, makan, menonton dan saat romantik yang berdiri di atas PENGKHIANATAN terhadap nikmat, rezeki, dan amanah yang Allah berikan kepada kita..


Dengan cinta itu mereka BERPADU dalam DAKWAH..dengan cinta itu mereka saling MEMBANTU dalam KEBAIKAN..dengan cinta itu juga mereka MENGHIASI BUMI dan KEHIDUPAN di atasnya..

Dengan itu semoga Allah SWT memberkati nikmat JATUH CINTA itu dengan lahirnya ANAK-ANAK SOLEH yang memberatkan bumi dengan kalimah “LAA ILAHA ILALLAH!”..inilah potret cinta yang SAKINAH, MAWADDAH, WARAHMAH..
~

>>> Jadi, sudah BERANI untuk jatuh cinta? (
✿◠‿◠)