Thursday, June 9, 2011

Puteriku Sayang...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t...
segala puji bagi Allah, Tuhan yang memiliki... yang mentadbir sekalian alam... selawat dan salam ditujukan khas buat Rasulullah s.a.w yang jauh di mata tetapi dekat di hati.... tidak ku lupa buat pejuang2 Islam yang sentiasa berjihad di jalan Allah dalam pelbagai cara sehingga ke titisan darah yang terakhir... dalam meniti perjalan dunia yang semakin tua...


orang selalu kata bahawa perempuan yang cantik terletak pada kecantikan luarannya... cantiknya dia kerana rambut yang mengurai... potongan badannya yang tinggi lampai... tidakkah kalian tahu, bahawa makna sebenar kecantikan itu terlalu subjektif... bukan setakat paras rupa sahaja... malah, kesopanannya juga perlu diambil kira...




tetapi sayangnya, gadis2 sekarang terbuai dengan bisikan cinta yang berlandaskan hawa nafsu semata-mata... mana perginya Islam sebagai agama?? Al-Quran sebagai pedoman kehidupan... memang benar, iman manusia zaman sekarang tidak mampu menandingi iman para sahabat... apatah lagi iman para malaikat yang sentiasa beristiqamah dalam mengabdikan diri kepada Allah.... tapi, apa salahnya jika kita ingin mengikuti contoh teladan yang baik....


hati mula tersentuh bila mendengar lagu dendangan Hijjaz feat. Mestica membuatkan butiran jernih menitis keluar dari mata... Islam benar-benar menyanjung perempuan... cuba perhatikan lirik "Puteriku Sayang..." pasti hati mu tersentuh.... perhatikan dengan mata hatimu... insyaAllah anda memahaminya...

Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli 
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti 
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan 
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati 

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu 
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri 
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi 
Berpegang pada janji mengabdikan diri 

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana 
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama 
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya 
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri 

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama 
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya 
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara 
 Mahligai syurga itulah tempatnya

Allahu Akbar!!! andainya semua perempuan memahami erti kewujudan mereka di dunia ini... nescaya tiadalah barah sosial... perempuan tidak ditindas oleh kaum Adam... simple kan? ini menunjukkan Islam adalah satu-satunya agama yang syumul... bila perempuan pandai menjaga maruah diri sendiri, lelaki dengan sendirinya akan menghormati perempuan itu... 

sesungguhnya begitu indah hidup berlandaskan syariat Islam...
_________________________________________________________________

**entry ni mengenangkan duniaku semakin luas dan semakin mencabar... 
**juga peringatan untuk diriku sendiri...
**pergaulanku juga semakin luas yang memerlukan pendirian yang teguh supaya tidak mudah terpengaruh. 
**sesungguhnya, sangat sedih bila melihat kawan2 yang sama2 belajar di sekolah SMA berubah dengan perubahan yang begitu ketara... (sbb utama entry ni ditulis)
**lagu "Puteriku Sayang" adalah lagu yang selalu dipasang oleh ustz yang merupakan warden asrama masa aku darjah 6... kami selalu dengar lagu ni bersama beliau... 


setakat ini saja untuk kali ini... 
sekian... wassalam.
jazakumullah khoira kasira...




No comments:

Post a Comment