Tuesday, May 17, 2011

KITA SEMUA IBARAT KAPAL…

Bismillahirrahmanirrahim…

Asslamualaikum w.b.t… salam ukhuwah dan salam mahabbah… Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk teruskan hidup dalam segala nikmat yang dikurniakan. Alhamdulillah…=). Segala pujian hanya padaNya pencipta sekalian alam, serta selawat dan salam ke atas junjungan mulia Baginda Rasulullah s.a.w, semoga beroleh syafaat di sana.

Kita semua ada jalan hidup kita yang tersendiri. Setiap orang ada jalan hidup sendiri dan setiap jalan itu tidak pernah sama. Ada orang banyak bengkok, ada orang lurus sikit, ada orang tenggelam timbul, pendek kata tidak ada yang sama dan serupa.

Perjalan hidup kita ibarat sebuah kapal yang mula meninggalkan perlabuhan. Entah apa yang akan ditemui di tengah pelayaran. Entah apa yang akan dihadapi; ombak besar, ikan jerung, hantu laut, ikan duyung, rebut petir, semua kemungkinan boleh terjadi.

Tapi bila kita dah berada di tengah laut, apa pun yang mendepani, kita tidak boleh berpatah balik. Kalau masih dekat mungkin tidak menjadi masalah untuk berpatah balik, tetapi tatkala telah berada di pertengahan lautan, mustahil kita mahu berpatah semula. Tak mungkin, sebab perjalan seterusnya dengan berpatah balik tu lebih kurang sama payah. Lebih baik teruskan walaupun di depan nyata ada ombak besar dan ribut menggila.

Begitulah hidup kita. Kita semua ibarat kapal2 belaka. Sudah lama meninggalkan perlabuhan dan sekarang sedang menghampiri destinasi. Entah bila sampainya kita semua tidak tahu. Yelah, usia kita mana kita tahu di mana sudahnya, di mana akhirnya. Apa yang akan berlaku ditengah2 perjalanan mana kita tahu.


Elok layarnya, baik la pelayarnya...


Tukang  tilik mungkin tahu, tapi dia tahu satu benda yang dia tidak tahu 10 benda. Bayangkan dia tahu satu benda memang tahu  sangat, tapi dia tidak tahu 10 benda lagi tersembunyi dan lebih betul daripada apa yang dia tahu.

Suatu hari saya berjalan2 di pekan, kemudia terserempak dengan sepasang suami isteri berumur sekitar 50-an sedang menenung nasib di kaki lima jalan, dengan seorang tukang tilik berbangsa india. Tukang tilik itu menggunakan burung nuri dan daun terup yang ada gambar berhala orang india sebagai mekanisme tilikannya.

Bila saya menghampiri mereka, si wanita tersengih2. Sungguh memalukan. Laa, ada lagi orang Islam zaman sekarang percaya dengan tukang tenung nasib yang bergantung pada burung nuri dan daun terup!!

Perjalanan hidup kita memang tidak boleh kita predict. Kita Cuma boleh merancang apa yang kita ingin lakukan, atau kita nak elak, tapi ALLAH yang menentukan segalanya. Kalau Dia nak terjadi, terjadi juga. Kapal yang belayar tu, sebelum belayar ia yakin  akan tepuh lautan bergelora. Tetapi ia tetap berlayar juga meninggalkan perlabuhan. Di tengah2 perjalanan nanti seandainya berlaku sesuatu, apa yang mereka boleh buat untuk mengubahnya? Tak boleh buat apa2 kecuali berusaha mengatasinya tapi untuk menghentikan sebarang petaka di laut tidak mungkin mampu.



Macam tu la hidup kita, macam kapal. Perjalanan kapal ibarat usia kita, tamsilannya pada umur kita. Kita semua kapal2 yang sedang berlayar sekarang ini. Banyak bebannya lambatlah perjalan, yang tak ada tanggungjawab dan sedikit bebannya lajulah ia membelah lautan.

Kalau kita faham hal macam ni, kita tidak akan kecewa sangat kalau dalam hidup kita terpaksa menempuh cabaran dan onak dan duri. Sebab ibaratnya belayar memang menjadi mainan ombak dan angin yang kuat di tengah lautan.

Selamat meneruskan hidup, selamat terus belayar dan terus belayar selagi belum sampai ke destinasi, teruslah belayar dan belayar, tanpa putus asa, tanpa jemu. Insyaallah kita semua selamat dalam pelayaran masing2.



Setakat ni dlu untuk kali ini… salam ukhuwah fillahitaala..=)

No comments:

Post a Comment