Wednesday, July 11, 2012

Hati manusia ibarat "Cermin"...


Hati manusia ibarat sebuah CERMIN,,
Sebuah cermin yang bersih akan kelihatan berKILAT dan JERNIH..
Cermin seperti ini boleh menerima dan memantulkan cahaya yang datang,,
Juga dapat untuk bercermin bagi seseorang yang berada dihadapannya.. 

Berbeza dengan CERMIN yang berDEBU..
Cermin seperti ini akan kelihatan SURAM dan KOTOR..
Cermin seperti ini tidak boleh menerima dan memantulkan cahaya yang datang,, Juga tidak dapat atau kurang memuaskan untuk seseorang bercermin padanya..

Begitulah HATI manusia,,
Jika HATI BERSIH,,
Maka akan mudah seseorang menerima pengajaran, nasihat dan hidayah..
Kerana hati yang bersih adalah tempat segala kebaikan iaitu Tempat cahaya masuk..

Manakala Hati yang KOTOR pula,,
Sukar menerima pengajaran dan nasihat,,
Bahkan mudah untuk membenci dan memusuhi kebaikan..
Jika keadaan seperti ini,,
Maka HIDAYAh menjadi terhalang untuk masuk..

Oleh itu, berSYUKURlah bagi sesiapa yang BERSIH HATInya.

No comments:

Post a Comment