Akhwat sejati bukanlah dilihat daripada suaranya yg lembut dan mempesona,tetapi daripada lembut dan tegasnya tutur dalam mengatakan kebenaran. Dia yg sentiasa menjaga lisan dari ghibah dan namimah. Pantang baginya membuka aib saudaranya. Dia yg memahami dan merasakan betul bahawa Allah s.w.t sentiasa mengawasi segala tindak tanduknya...
Akhwat sejati bukanlah dilihat daripada liuk gemalainya kala dia berjalan tetapi daripada sikap bijaknya memahami keadaan dan persoalan-persoalan.Dia yg sentiasa bersikap tulus dalam membina persahabatan dengan sesiapa pun,dimana dirinya berada.Tak ada perbendaharaan kata.."CEMBURU BUTA" dalam kamus kehidupanya.Dia sentiasa merasa ckup dgn apa yg Allah s.w.t anugerahkan untuknya,juga atas nafkah yg diberikan sang suami kepadanya.Tak pernah menuntut apa-apa yg tidak ada kemampuan pada sang qowwam ditengah keluarga.Sabar adalah aura yg terpancar dari wajahnya.Sifat tawadhu' adalah pakaian yg sentiasa dia pakai sepanjang zaman...
Akhwat sejati bukanlah dilihat daripada bagaimana dia menghormati dan menyayangi org2 ditempat kerja(wajihah dakwah),tetapi dripada tatacaranya menghormati dan menyayangi siapapun dan dimanapun tanpa memandang status yg disandangnya. Dia dilihat menyejukan mata dan meredupkan api amarah.Baitii jannatii menjadi idaman dalam arus kehidupan rumahtangga. khasnya dalam menyokong dakwah suami dan berderma bakti mengurus generasi penerus yg berjiwa Rabbani...
Akhwat sejati bukanlah dilihat daripada banyaknya ikhwan yg memuji dan menaruh hati padanya,tetapi dilihat daripada kesungguhannya dalam berbakti dan mencintai Allah s.w.t dan Rasullullah s.a.w. Dia yg selalu menghindari sesuatu yg syubhat lebih-lebih lagi hal-hal yg haram.
Akhwat sejati bukanlah dilihat daripada merdunya suara kala bertilawah al-Quran dan banyaknya hadis yg dia hafal tetapi daripada keteguhan dan istiqomah mengamalkan kandungan keduanya.Dia selalu berusaha mengajar kepada yg belum memahaminya. Al-Quran dan As-Sunnah dijadikannya sebagai suluh penerang serta pegangan dalam melalui liku-liku kehidupan...
Akhwat sejati bukanlah dilihat daripada tingginya gelar yg disandangnya serta luasnya wawasan ataupun lincahnya dia bergerak,tetapi pada ketinggian hasrat utk menuntut ilmu dan mengamalkan syariat secara murni dan berterusan. Ilmu yg bermanfaat adalah tongkat yg dipegang. Menjadi akhwat sejati, nescaya akan membuat para bidadari cemburu dan iri hati, menjadi dambaan bagi mereka para insan berjiwa Rabbani, menjadi dambaan bagi mereka para pemilik ruh dakwah dan jihadiyah, serta para hamba Allah s.w.t yg tidak tertipu oleh gemerlapnya dunia yg sementara....
Menjadi akhwat sejati,
seperti yg dicontohi oleh Khadijah,Aisyah,Hafsah,Maimunah,Shafiyah,Fatimah Az Zahra, dan para shahabyah radiyallahu'anha ajma'in...
(sumber rujukan dari buku ENGKAU MEMANG CANTIK by BURHAN SODIQ)
♥ mampukah kita menjadi akhwat yg sejati??? dimanakah
tempat yg kite mahukan syurga atau pun neraka, penghuni mana yg mahu kite
jadi....segalanya tanya iman kita....Solehahkan diri
dari sekarang, banyakkan berdoa, insyallah itulah usaha terbaik untuk bahagia.
kebahagiaan itu 'dicipta' dan 'diusahakan' bukan sekadar diangan-angankan.... ♥
syukran t..doakan utk fyda gak....
ReplyDeleteINSYAALLAH...
ReplyDeletesme2 la kte usahakan yg terbaik...=)