Wednesday, October 26, 2011

Hadis Dhoif

HADIS DHAIF ialah satu hadis yang tidak memenuhi satu @ lebih drp syarat-syarat hadis maqbul (diterima) iaitu HADIS SAHIH DAN HADIS HASAN.



Contoh HADIS DHAIF 

"Drp Yusuf bin 'Athiyah drp Sabit drp Anas drp Nabi SAW bersabda : Makhluk itu keluarga Allah, dan mereka yang lebih kasih kpd Allah ialah yang lebih bermanfaat kepada keluarganya"
Menurut Imam al-Nawawi bahawa hadis ini adalah dhaif sekalipun maknanya sahih dan telah diriwayatkan oleh Abu Yu'la dalam masnadnya dengan sanadnya sekali drp Anas drp Rasulullah SAW. Dalam sanad itu terdapat seorg yg bernama Hafs bin Sulaiman, seorang yang lemah dan Yusuf bin 'Athiyah juga terdiri drp org yang lemah.
Ulama' telah membahagikan HADIS DHAIF kepada 2 iaitu ;

1. DHAIF PADA SANAD
2. DHAIF PADA MATAN 

1. DHAIF PADA SANAD

Terputusnya  sanad sama ada sedikit @ banyak, sengaja @ tidak, dari awal sanad, pertengahan sanad @ akhir sanad ataupun wujudnya 'ilah yg menjejaskan hadis.

Disebabkan terputusnya sanad..

2. DHAIF PADA MATAN

- berlaku pertukaran ayat @ perkataan pada sanad @ matan.
- diriwayat dari banyak riwayat yang sama kuat tetapi bercanggah di antara satu sama lain.
 - berlaku pertukaran kalimah kerana kesilapan membaca, menulis, mendengar dsb.

 * Hadis yg diriwayatkan oleh perai yg maqbul (diterima)/siqah (dipercayai) tetapi bercanggah dgn riwayat perai-perawi yg lebih siqah drpnya juga dikira dhaif pada matan.

HUKUM BERAMAL DENGAN HADIS DAIF
Pada dasarnya para ulamak hadis menetapkan TIDAK BOLEH BERAMAL dengan hadis Daif.
Tetapi DIBOLEHKAN BERAMAL dengan syarat-syarat berikut ;
 
1. Hadis itu berkaitan dengan FADAAIL (KELEBIHAN AMALAN)
2. Faktor kedaifan bersifat sederhana
3. Mafhum hadis daif ada pada nas-nas syarak yang sahih. 
4. Ketika beramal dengan hadis daif ini mestilah mengharapkan kesahihannya. 


# bru nk kji blik pe yg dikatakan hadis dhaif... tkot salah phm... 

No comments:

Post a Comment